Monday, August 13, 2007

Contoh kepada kita semua

Minggu lalu saya bertugas sebagai salah seorang panel penemuduga untuk pengambilan latihan usahawan bumiputera. Ramai juga saya interview. Temuduga tersebut selama 3 hari.

Setelah beberapa kali melalui sesi sebegini, kali ni saya rasa teramatlah "inspired". Trend yang saya nampak sekarang - golongan wanita bumiputera semakin cergas dan berani untuk menceburikan diri dalam perniagaan tidak kira bisnes kecil atau besar. daripada jumlah yang saya temuduga 70% adalah wanita berumur lebih daripada 35 tahun. daripada ini 50% bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya. Contohnya - jual kain baju secara borong, membuka cafe. saya rasa amat bangga!

Tapi soalannya - Apa dah jadi dengan Kaum Lelaki? -----> ini adalah cabaran kepada kaum Adam!

Selain daripada itu, ada lebih kurang 6 orang usahawan muda (umur 23 - 26 tahun) lelaki yang tidak kurangnya mengagumkan saya! Kesemua mereka ini adalah siswazah dan sudah mula berniaga semasa mereka belajar di IPT.

Ada seorang tu di Perlis - wow! tanpa pertolongan ibubapanya - beliau berjaya ada 3 bisnes yang kental - fotografi, bridal, printing - dan umurnya hanya 25 tahun! kepadanya saya ucapkan syabas! semoga kita mengambil kejayaan beliau sebagai satu contoh. Kalau beliau dengan usia yang muda boleh berjaya mengapa tidak kita?

Hah jawapannya saya akan letakkan di dalam www.tipskejayaan.com.

SALAM!

No comments: